Saturday, December 25, 2010

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH


Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.
Bacalah sehingga habis.
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.
Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.
Kita cuba menyimpan ALLAH didalam  MASJID pada hari Jumaat......
Mungkin malam JUMAAT? 
Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? 
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....
Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? 
Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA. 
Semoga  ALLAHmengampuni aku kerana menyangka....... 
Bahawa  nun di sanamasih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)
Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.RENUNGKANLAH 
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!
Ya aku CINTA ALLAH
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku
Ia lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.
Ini adalah ujian yang mudah.
Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...
Kirimkan kepada 10 orang dan kepada pengirim anda.
Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?
Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.
Susah vs. Senang
Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?
Kenapa mengantuk dalam  MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward" kanemail yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik....
Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.
Notes: Tidak kah melucukan  betapa mudahnya bagi manusia  TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.
Tidakkah melucukan bila  seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN.. (who, by the way, also "believes" in ALLAH).
Tidakkah melucukan  bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai  ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?
Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.
Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa  risau akan tanggapan orang kepada saya  lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.
Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan  mereka di rahmati ALLAH.
And send it back to the person who sent it, to let them know that indeed it was sent out to many more.... 

Saturday, December 18, 2010

Allah hanya memanggil kita 3 kali



ALLAH HANYA MEMANGGIL KITA 3 KALI 

Renung-renungkan dan selamat beramal….
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu.
'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.
Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.
Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan 

untuk bertanya tentang Umrah.
Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'
Ibu tersenyum... 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'
Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu.
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, 

sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah.. 
Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, 
bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih 
memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya 
 itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak.. Allah hanya akan membalas umatNya 
ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat 

karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... ..

Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. 

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan 
yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. 

Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, 
ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, 
berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya 
kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, 
karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. 
Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang menjawab 

panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. . .......Alhamdulill ah...
'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.. Panggilan yang kita jawab dengan 
amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, 
dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya 
dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. .. 
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... ....... 
Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'
** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena 

kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat 

menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .....
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ....**
Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat..
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'
kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap 

tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada…..
..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam 

Sunday, December 12, 2010

NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG



NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
·         Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
·         Aku melihat cahaya dari lidahnya.
·         Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
·         Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
·         Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
·         Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
·         Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
·         Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona...
·         Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
·         Wajahnya seperti bulan purnama.
·         Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
·         Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
·        Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
·         Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
·         Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
·         Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
·         Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
·         Janggutnya penuh dan tebal menawan...
·         Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
·         Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
·         Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
·         Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
·         Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.·         Seimbang antara kedua bahunya.
·         Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
·         Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
·         Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
·         Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
·         Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
·         Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
·         Warna kulitnya putih tapi sihat.
·         Kulitnya putih lagi bercahaya.
·         Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
·         Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
·         Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULAN :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. 
Amin...
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.   

Monday, November 29, 2010

Bila Allah...........



لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, 
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, 
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. 

Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa.
Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH   =)

Monday, November 22, 2010

BIODATA RASULULLAH SAW



BIODATA RASULULLAH SAW
 Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
·         Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571. Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
·         Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
·         Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
·         Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
·         Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
·         Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
·         Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
 USIA 6 TAHUN
 Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).  Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
 USIA 8 TAHUN
 Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
 Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.  Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.  Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..
USIA 63 TAHUN 
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
·         Khadijah Binti Khuwailid.
·         Saudah Binti Zam'ah.
·          Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
·         Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
·         Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
·         Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
·         Zainab Binti Jahsy.
·         Maimunah Binti Harith.
·         Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
·         Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
 ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.      Qasim
2.      Abdullah
3..      Ibrahim
4.      Zainab
5.      Ruqaiyah
6.      Ummi Kalthum
7.      Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW 
IBU SUSUAN:  Thuwaibab
SAUDARA SUSUAN:
1.      Hamzah
2.      Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
 IBU SUSUAN:   Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN:
1.      Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2.      Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3.      Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4.      ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
 BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1..       Al-Harith
2.      Muqawwam
3.      Zubair
4.      Hamzah ***
5.      Al-Abbas ***
6.      Abu Talib
7.      Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8.      Abdul Ka ' bah
9.      Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
 *** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )