Internet collection of The Might of Allah and The world's greatest leader of the century, Nabi Muhamad s.a.w
Showing posts with label Allah s.w.t.. Show all posts
Showing posts with label Allah s.w.t.. Show all posts
Sunday, May 11, 2014
Saturday, April 12, 2014
Tuesday, March 11, 2014
Tuesday, January 14, 2014
Saturday, December 7, 2013
Saturday, November 23, 2013
Saturday, October 5, 2013
Monday, September 16, 2013
Friday, July 26, 2013
Saturday, August 25, 2012
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita
jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas
solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang
gangguan.
AL
HASIIBU Ertinya Yang Menghisab atau Menghitung.
KHASIATNYA: Untuk
menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap
selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah
sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau
pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.
Monday, June 4, 2012
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti
ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk
mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita
akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.
AL MUQI ITU Ertinya Yang menjadikan makanan.
KHASIATNYA: Untuk
melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah
sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan
terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam
hutan.
AL HAFIIZHU Ertinya Yang Maha Memelihara.
KHASIATNYA: Untuk
menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca
sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan
tersebut diatas.
Sunday, May 27, 2012
38. Al-Kabir - Maha Besar
38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas
atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x
selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah.
Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
AL
KABIIRU Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak
1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya,
pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil
rasuah dan lain-lain.
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal,
tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa
Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak
meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang
& tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
AL'ALIYYU Ertinya Yang Maha Tinggi Martabatnya.
KHASIATNYA:
Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya
sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia
akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.
Saturday, May 12, 2012
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat,
sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan
dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting
& terdesak.
ASY SYAKUURU Ertinya Yang Sangat Syukur.
KHASIATNYA:
Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat
badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada
badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.
Saturday, May 5, 2012
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah
memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk
tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
AL
GHAFUURU Ertinya Maha
Pengampun.
KHASIATNYA:
Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali,
Insyaallah akan segera sembuhlah ia.
Sunday, April 29, 2012
34. Al-^Azim - Maha Agong
34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang
yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca
12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka
dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan &
sebagainya.
AL'AZHIIMU Ertinya Maha Agung.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan
segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.
33. Al-Halim - Maha Penyantun
33. "Ya Haliim!"
Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang
mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah
dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar
atau diungkit-ungkit atau tergugat.
AL
HALIIMU Ertinya Maha Penyayang dan Penyabar.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan
dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.
32. Al-Khabir - Maha Waspada
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari,
terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini
antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah
terpisah sekian lama.
AL KHABIIRU Ertinya Yang Maha Mengetahui atau Waspada.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah
akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.
Saturday, April 21, 2012
31. Al-Latif - Maha Halusi
31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut
kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan
jualannya menjadi laris & maju.
AL
LATHIIFU Ertinya Yang Maha Halus.
KHASIATNYA:
Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau
perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)














.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
